Pada mereka yang berminat untuk mengikuti KURSUS PEMBANTU JURUTEKNIK SISTEM KOMPUTER di KINI sesi JULAI-DISEMBER 2011 bermula 4 JULAI 2011.
Calon-calon adalah mereka di kalangan belia FELDA berumur 18-25tahun dan jika berminat boleh menghubungi pejabat (07-7961499) bagi mengisi kekosongan tersebut selewat-lewatnya 10 JUN 2011.
Antara butiran yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut:
> NAMA
> NO KAD PENGENALAN
> ALAMAT
> POSKOD
> BANDAR
> NEGERI
> WILAYAH
> STATUS (ANAK PENEROKA/ ANAK KAKITANGAN/ BWF)
> NO HP
Sekian. Harap Maklum.
Monday, June 6, 2011
IKLAN: KEKOSONGAN TEMPAT BAGI MENGIKUTI KURSUS DI KOLEJ INTEGRASI ILMU (KINI) TROLAK
Posted by NITAR01 at 2:03 PM 0 comments
Tuesday, February 8, 2011
SDA(W) Baru Di Pejabat Nitar 1
Untuk pengetahuan warga Nitar 1, pejabat Felda Nitar 1 telah menerima seorang pembantu pembangunan masyarakat (SDA) yang baru. nama beliau ialah Zarinatul Aine Bt Mahmud dan berasal dari Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor. berusia 25tahun dan tugas-tugas beliau semasa berada di rancangan ialah :
1. Menguruskan hal ehwal sosial masyarakat Felda Nitar 1 termasuk peneroka, isteri peneroka
dan anak-anak peneroka.
2. Memantau Skim Tuisyen Felda (STF) sekolah menengah.
3. Menguruskan dan memantau perjalanan PDK
4. Menguruskan dan memantau pusat literasi keluarga (PLK)
5. Sebagai penyelaras GPW Felda Nitar 1
6. Dan lain-lain lagi.
Posted by NITAR01 at 11:35 AM 0 comments
Friday, December 10, 2010
PENGAMBILAN APERANTIS GOLF
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
- Sihat Tubuh Badan
- Terbuka kepada lelaki dan wanita
- Berumur di antara 17- 25 tahun
- Tahap pendidikan minimum PMR (Sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia)
- Bersedia untuk ditempatkan di mana-mana Kelab Golf
- Terbuka kepada semua warga Felda
- Disiplin diri yang tinggi
- Tempoh kursus selama setahun dan dibahagikan kepada 2 tahap
* TAHAP SATU (Tempoh selama 3bulan)
- Pengendalian Buggy
- Asas Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
- Asas penampilan diri
- Komunikasi dan Asas Pengurusan Hospitaliti (Pengurusan Berhemah)
- Peralatan Golf
- Permainan Golf
*TAHAP DUA (Tempoh selama 9bulan)
- Turf Management
- Latihan Praktikal IT
- Latihan Profesional Golf
- Sistem dan Pentadbiran Golf
- Bahasa Inggeris
* Selepas menamatkan pengajian ini, pelatih akan dianugerahkan dengan SIJIL PENGURUSAN GOLF.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:
-Elaun Bulanan
-Tempat tinggal
-Pakaian Seragam Percuma
-Jaminan kerja
*Setiap permohonan perlu disertakan dokumen-dokumen berikut
Resume, Salinan Kad Pengenalan (Pemohon, ibu/bapa/penjaga), sijil berhenti sekolah, Salinan sijil kokurikulum.
Sebarang Pertanyaan:
Bahagian Pengurusan Sukan
Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru Felda
Tingkat 2, Wisma Felda, Jln Perumahan Gurney,
54000 Kuala Lumpur.
Tel: 03- 26174019/4020 FAKS: 03-26949263
Email: feldaunitedfc@gmail.com / feldaunited@felda.net.my / faisal.za@felda.net.my/ azman.h@felda.net.my / operasi@felda.net.my
Posted by NITAR01 at 10:21 PM 0 comments
PERHATIAN! JAWATAN KOSONG
PEGAWAI PERTANIAN
Syarat Lantikan:
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c) Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pertanian @ bidang Sains yang seumpama dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan @ kelayakan seiktiraf dengannya
d) Kepujian Bahasa Malaysia (Termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM @ kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
e) Pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga tahun.
Cara Memohon:
a) Menggunakan Borang Felda 1 Pindaan 1/2003 yang boleh didapati di JABATAN SUMBER MANUSIA, WISMA FELDA, JALAN PERUMAHAN GURNEY, 54000 KUALA LUMPUR @ melalui laman web Felda WWW.FELDA.NET.MY
b) Jika melalui pos perlu menyertakan sampul surat berukuran 32sm x 22sm yang beralamat sendiri dan mempunyai setem 50 sen
c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam kerajaan, badan berkanun atau kuasa-kuasa tempatan hendaklah melalui ketua jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini
d) Semua permohonan hendaklah disertakan bersama salinan kad pengenalan, sijil serta lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport hendaklah dihantar kepada
PENGARAH SUMBER MANUSIA
WISMA FELDA
JALAN PERUMAHAN GURNEY
54000 KUALA LUMPUR
Tel: 03-26172681/2685/2687
Tarikh Tutup Permohonan: 20 Disember 2010
catatan: Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan akan ditemuduga. Calon yang tidak menerima jawapan selepas 3bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
Posted by NITAR01 at 10:01 PM 0 comments
JAWATAN KOSONG
PENYELIA RANCANGAN TANAH
Syarat Lantikan:
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ini.
c) Mempunyai SPM @ kelayakan lain yang diiktiraf kerajaan.
d) Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM @ kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
e) Kepujian dalam matapelajaran sains atau matematik pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Tambahan:
a) Calon yang memiliki Sijil Institut Pertanian (Pengurusan ladang) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
b) Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia DAN Bahasa Inggeris dengan baik.
c) Mahir menggunakan komputer.
Cara Memohon:
a) Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang Felda 1 Pindaan 1/2003 yang boleh didapati di JABATAN SUMBER MANUSIA, WISMA FELDA, JLN PERUMAHAN GURNEY, 54000 KUALA LUMPUR @ melalui laman web Felda WWW.FELDA.NET.MY
b) Calon-calon yang ingin memohon borang permohonan melalui pos mestilah menyertakan sampul surat berukuran 32sm x 22sm yang beralamat sendiri dan mempunyai setem 50sen.
c) Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dalam kerajaan, badan berkanun atau kuasa-kuasa tempatan hendaklah melalui ketua jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.
d) Semua permohonan hendaklah disertakan bersama salinan KAD PENGENALAN, SIJIL serta lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan dan sekeping gambar yang terbaru berukuran pasport hendaklah dihantar kepada:
PENGARAH SUMBER MANUSIA
WISMA FELDA
JALAN PERUMAHAN GURNEY
54000 KUALA LUMPUR
Tel: 03-26172681/2685/2687
Tarikh Tutup Permohonan: 20 Disember 2010
Posted by NITAR01 at 1:21 PM 0 comments
Tuesday, November 23, 2010
KOLEJ INTEGRASI ILMU ( KINI )
kolej KINI Mempaga akan mengambil pelajar baru pada setiap 6 bulan untuk mengikuti latihan kemahiran dalam bidang yang disediakan. Pada kali ini pengambilan adalah untuk sesi latihan jan-jun 2011.
Seramai 108 orang pelajar akan diambil untuk mengikuti latihan tahap 1 dalam kursus-kursus berikut
:
KULINARI(KATERING) Lelaki 13 dan Perempuan 15 Orang.
PASTRI(KEK) Lelaki 11 dan Perempuan 15 Orang.
PRAMUSAJI(F&B) Lelaki 13 dan Perempuan 15 Orang.
ATENDAN BILIK(HOUSEKEEPING) Lelaki 13 dan Perempuan 13 Orang.
Kaedah Latihan Kepada Pelatih :
1) Melalui Teori dalam Kelas
2) Latihan Amali dalam Makmal, Bengkel dan Kitchen.
Yuran Pendaftaran :
Yuran pendaftaran hanya dibayar sekali (antara RM100.00-RM150.00 sahaja) untuk setiap semester.
PERCUMA :
Pelatih tidak dikenakan yuran asrama, yuran pengajian dan yuran makan & minum!!!
CARA MEMOHON :
Permohonan dibuka kepada tanggungan peneroka yang berumur 18-25tahun dan telah tamat SPM serta sihat tubuh badan ( Disahkan oleh doktor perubatan )
SILA AMBIL TINDAKAN BERIKUT :
1.Pergi ke Pejabat rancangan Felda berdekatan
2.Berjumpa Pengurus atau Pegawai rancangan.
3.Buat Pendaftaran di dalam sistem "SILK" sistem informasi latihan.
PIHAK KOLEJ MENGALU - ALUKAN KEHADIRAN ANDA!!!
Posted by NITAR01 at 2:47 PM 0 comments
Tuesday, November 9, 2010
UITM MENAWARKAN KURSUS PENGAMBILAN PELAJAR MENGUBAH DESTINASI ANAK BANGSA
Permohonan terbuka kepada warganegara malaysia. Bumiputera sahaja serta berumur 16 tahun ke atas pada tarikh keputusan SPM dikeluarkan.
A. Syarat AM
Lulus sijil pelajaran Spm setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu atau kepujian Bahasa Melayu kertas Julai..
dan
B. Syarat Khas Program
Program Pra Diploma Perdagangan
Lulus Matematik/Matematik tambahan
Lulus bahasa Inggeris
Program Pra Diploma Perakaunan
Lulus Matematik/Matematik Tambahan
Lulus Bahasa Inggeris
Lulus Prinsip Perakaunan
Mendapat Persetujuan Pelajar
Nota: Perlu mendapat kelulusan Senat UITM
Program Pra Diploma Sains
Kepujian Matematik/Matematik tambahan
Lulus Bahasa Inggeris
Serta
Lulus SATU(1) daripada mana-mana matapelajaran berikut:
Fizik
Kimia
Biologi
Sains Tambahan
Semua program pengajian di UITM dikhaskan untuk BUMIPUTERA sahaja
Syarat Syarat Tambahan
Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program program yang dirangka untuk kursus ini.
Antara maklumat yang akan disemak adalah:-
1. Maklumat pemohon
2. Salinan k/pengenalan/mykad calon
3. Salinan sijil kelahiran calon
4. Salinan k/pengenalan/mykad ibubapa
5. Salinan sijil kelahiran ibu dan bapa
6. Salinan sijil SPM
7. Salinan pengesahan pendapatan (Jika tiada, dapatkan pengesahan dari Pengurus rancangan)
Syarat2 Umum
-Bumiputera sahaja
-Pelajar dari golongan kurang berkemampuan/miskin
-Tidak dapat meneruskan pengajian disebabkan kemiskinan
-Pendapatan keluarga kurang dari RM2000.00 Sebulan
-Pastikan pelajar adalah dari golongan tidak mampu sahaja kerana mereka diberi wang dari sumber zakat.(asnaf)
Bantuan Untuk Calon yang Berjaya
-Asrama disediakan
-Pengecualian yuran pengajian
-Elaun makan RM10.00 sehari (RM300.00Sebulan)
-Elaun bulanan RM100.00 sebulan ( RM400.00 satu semester )
-Tambang RM100.00 1 semester
Jika berminat sila hubungi Pejabat Nitar 1 di talian 07-7961499 untuk pertanyaan.
Posted by NITAR01 at 4:05 PM 0 comments
Wednesday, October 27, 2010
KURSUS PERINGKAT SIJIL ANJURAN YAYASAN FELDA 2010
KURSUS UNTUK KEMASUKAN SESI JAN - JUN 2011
KURSUS2 YANG DITAWARKAN
PUSAT LATIHAN TROLAK (PLT), SUNGKAI, PERAK - 1)Sijil pembantu Juruteknik Sistem Komputer. 2) Sijil Juruteknik Sistem Komputer.
INSTITUT TEKNOLOGI UTAMA (ITU) - 1) Sijil Multimedia
KOLEJ INTEGRASI ILMU (KINI) MEMPAGA, PAHANG ( lelaki dan perempuan ) 1) Sijil Kulinari, 2) Sijil Pastri. 3) Sijil Prmusaji. 4) Sijil Pembantu Attendan Bilik.
KOLEJ INTEGARSI ILMU (KINI) RAJA ALIAS, NEGERI SEMBILAN ( perempuan sahaja ) 1) Sijil Jahitan Pakaian Wanita, 2) Sijil Jahitan Pakaian Lelaki, 3) Sijil Dandanan Rambut (Muda)
SYARAT2 KELAYAKAN - Pemohon seorang anak peneroka, anak kakitangan felda, cucu peneroka, cucu yang tinggal bersama peneroka mendapat pengesahan daripada pengurus rancangan, Belum Berkahwin dan Berumur antara 18-25 tahun.
PENCAPAIAN AKADEMIK - Lepasan SPM tahun 2005 - 2009 dan lulus Bahasa Melayu.
CARA MEMOHON - Menggunakan borang permohonan melalui seistem informasi latihan kemahiran generasi baru felda (SILK) atau melalui lawan web felda www.felda.net.my
Calon dikehendaki key-in sendiri permohonan sama ada dalam SILK bagi pelajar dalam rancangan manakala web bagi pelajar yang berada di luar rancangan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN - 30 November 2010 (Rabu)
TARIKH PENDAFTARAN KURSUS - JAN/JUN
TEMPOH KURSUS - 6 BULAN
SURAT TAWARAN AKAN DIKELUARKAN OLEH IBU PEJABAT FELDA KUALA LUMPUR.
SEMUA BORANG YANG TELAH DIISI DALAM LAMAN WEB FELDA HENDAKLAH DI E-MAILKAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI BERIKUT : - Nurzila.ag@felda.net.my , operasi@felda.net.my dan Karim.mk@felda.net.my
Posted by NITAR01 at 10:29 AM 0 comments
Diploma In Football Studies
Akademi bola sepak FELDA telah menawarkan kursus Diploma in Football studies di CYBERLYNX INTERNATIONAL COLLEGE, No 2a-3, Jalan Metro Pudu 1, GFraser Business Park, Off Jalan Yew, 55100, Kuala Lumpur.
SYARAT2 KELAYAKAN - pemohon ialoah seorang anak peneroka FELDA, belum berkahwin dan berumur 18-25 tahun.
PENCAPAIAN AKADEMIK - Lulus Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2005 - 2009 dengan sekurangnya 3 kredit dalam mana2 mata pelajaran dan lulus Bahasa melayu dan Bahasa inggeris. ( keutamaan akan diberi pada calon yang mendapat kredit dalam bahasa inggeris. )
Calon mesti sihat tubuh badan, tidak rabun warna dan aktif dalam sukan serta korikulum.
CARA MEMOHON - menggunakan borang permohonan melalui sistem informasi latihan kemhiran generasi baru felda (SILK) bagi pelajar yang berada di dalam rancangan. jika kurang jelas sila terus ke pejabat NITAR 1. Bagi pelajar yang berada di luar rancangan bolehlah menghantar biodata lengkap serta sijil SPM, kad pengenalan pelajar dan penjaga yang telah di scan melalui email kepada pegawai- pegawai berikut :
TARIKH TUTUP PERMOHONAN - 22 NOVEMBER 2010
TARIKH PENDAFTARAN KURSUS - 10 DISEMBER 2010
Surat tawaran kursus akan dikeluarkan oleh Pengarah Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru, Ibu Pejabat Felda, Wisma Felda, 54000, Kuala Lumpur.
Felda menawarkan pinjaman boleh ubah kepada sebahagian biasiswa berdasarkan keputusan akademik anda..
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!
Email : faisal.za@felda.net.my, azman.h@felda.net.my dan operasi@felda.net.my
Posted by NITAR01 at 9:54 AM 0 comments
Wednesday, October 6, 2010
JAWATAN KOSONG KERANI LADANG TECHNOPLANT.
KELAYAKAN
-Lulus SPM dan kepujian di dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik, Sains
dan 1 matapelajaran yang lain serta lulus Bahasa Inggeris.
-Mempunyai pengetahuan serta boleh mengendali komputer peribadi di dalam
sebarang perisian.
-Berumur antara 18 ke 27 tahun (lelaki dan perempuan)
- Sanggup bertugas di kawasan rancangan FELDA.
KEKOSONGAN
- Di Johor, Pahang dan Negeri Sembilan sahaja.
Calon yang berminat adalah diminta menghantar resume, salinan sijil-sijil akademik, gambar bersaiz pasport, alamat serta no telefon terus ke alamat berikut sebelum 12 Oktober 2010
KETUA JABATAN SUMBER MANUSIA,
FELDA TECHNOPLANT SDN BHD,
TINGKAT 6, BALAI RAYA, JALAN GURNEY 1,
54000 KUALA LUMPUR.
Hanya calon-calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga.
Posted by NITAR01 at 11:13 AM 0 comments
JAWATAN KOSONG KERANI DAN PENYELIA FELDA TECHNOPLANT SDN BHD
Posted by NITAR01 at 8:17 AM 0 comments
Monday, September 20, 2010
Papan Tanda Terbaik
- Papan tanda blok 6B telah dipilih sebagai papan tanda blok terbaik pada anugerah keceriaan kampung peringkat rancangan yang lalu.
Posted by NITAR01 at 3:54 PM 0 comments
Rumah Terbaik Nitar 1 2010
Rumah En Alias Abu Bakar dari blok 2A telah dipilih sebagai rumah terbaik Nitar 1 2010. Kemenangan En Alias dinilai dari segi kekemasan landskap rumah serta edible garden terbaik Selain berbagai jenis tanaman yang diusahakan, En Alias juga sudah mula mengusahakan ternakan ikan seperti keli dan talapia.. En Alias berkata, beliau amat berharap setiap peneroka di Nitar 1 dapat mengindahkan landskap rumah masing2 untuk menyahut cabaran bertanding di dalam Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) peringkat kebangsaan.
Posted by NITAR01 at 3:39 PM 0 comments
Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Wilayah Segamat
Pada 28 Ogos 2010 yang lalu Felda Nitar 1 telah dipilih sebagai tuan rumah kepada acara Majlis Tadarus Al-Quran peringkat wilayah Segamat. Acara ini disertai oleh 9 rancangan Felda dan setiap felda diwakili seramai 4 orang peserta. acara ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Kasimon Salleh sebagai pengurus besar w ilayah. Acara ini bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 7.30 malam.
Posted by NITAR01 at 10:07 AM 0 comments
Sambutan Hari Raya Nitar 1
Sambutan Hari Raya peringkat rancangan Nitar 1 telah diadakan pada 19.10.2010 yang lalu bertempat di balai raya Nitar 1. acara yang dilakukan pada setiap tahun ini ialah bertujuan untuk mengukuhkan ikatan silaturahim antara penduduk kampung bersama ajk rancangan, pentadbiran serta masyarakat setempat. acara ini berjaya menarik penduduk setempat dengan kehadiran yang amat memuaskan. Pada waktu yang sama upacara penyampaian hadiah untuk Anugerah Keceriaan Kampung peringkat rancangan dilakukan serentak dimana pada edisi kali ini Blok 2A telah ditabal sebagai blok keseluruhan terbaik manakala Blok 6B dipilih sebagai papan tanda blok terbaik. Untuk Edible Garden terbaik telah dimenangi oleh Blok 6A dan Rumah Terbaik Nitar 1 telah disandang oleh rumah En Alias Abu Bakar dari Blok 2A. Acara ini bermula pada jam 11.00pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang
Posted by NITAR01 at 9:50 AM 1 comments
