BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

pintu taubat...hayatilah...

iklan

Friday, December 10, 2010

JAWATAN KOSONG

PENYELIA RANCANGAN TANAH

Syarat Lantikan:
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ini.
c) Mempunyai SPM @ kelayakan lain yang diiktiraf kerajaan.
d) Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM @ kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
e) Kepujian dalam matapelajaran sains atau matematik pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Tambahan:
a) Calon yang memiliki Sijil Institut Pertanian (Pengurusan ladang) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
b) Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia DAN Bahasa Inggeris dengan baik.
c) Mahir menggunakan komputer.

Cara Memohon:
a) Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang Felda 1 Pindaan 1/2003 yang boleh didapati di JABATAN SUMBER MANUSIA, WISMA FELDA, JLN PERUMAHAN GURNEY, 54000 KUALA LUMPUR @ melalui laman web Felda WWW.FELDA.NET.MY
b) Calon-calon yang ingin memohon borang permohonan melalui pos mestilah menyertakan sampul surat berukuran 32sm x 22sm yang beralamat sendiri dan mempunyai setem 50sen.
c) Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dalam kerajaan, badan berkanun atau kuasa-kuasa tempatan hendaklah melalui ketua jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.
d) Semua permohonan hendaklah disertakan bersama salinan KAD PENGENALAN, SIJIL serta lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan dan sekeping gambar yang terbaru berukuran pasport hendaklah dihantar kepada:

PENGARAH SUMBER MANUSIA
WISMA FELDA
JALAN PERUMAHAN GURNEY
54000 KUALA LUMPUR
Tel: 03-26172681/2685/2687

Tarikh Tutup Permohonan: 20 Disember 2010

0 comments: