BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

pintu taubat...hayatilah...

iklan

Monday, September 20, 2010

Papan Tanda Terbaik


  1. Papan tanda blok 6B telah dipilih sebagai papan tanda blok terbaik pada anugerah keceriaan kampung peringkat rancangan yang lalu.

Rumah Terbaik Nitar 1 2010



Rumah En Alias Abu Bakar dari blok 2A telah dipilih sebagai rumah terbaik Nitar 1 2010. Kemenangan En Alias dinilai dari segi kekemasan landskap rumah serta edible garden terbaik Selain berbagai jenis tanaman yang diusahakan, En Alias juga sudah mula mengusahakan ternakan ikan seperti keli dan talapia.. En Alias berkata, beliau amat berharap setiap peneroka di Nitar 1 dapat mengindahkan landskap rumah masing2 untuk menyahut cabaran bertanding di dalam Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) peringkat kebangsaan.

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Wilayah Segamat


Pada 28 Ogos 2010 yang lalu Felda Nitar 1 telah dipilih sebagai tuan rumah kepada acara Majlis Tadarus Al-Quran peringkat wilayah Segamat. Acara ini disertai oleh 9 rancangan Felda dan setiap felda diwakili seramai 4 orang peserta. acara ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Kasimon Salleh sebagai pengurus besar w ilayah. Acara ini bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 7.30 malam.

Sambutan Hari Raya Nitar 1

Sambutan Hari Raya peringkat rancangan Nitar 1 telah diadakan pada 19.10.2010 yang lalu bertempat di balai raya Nitar 1. acara yang dilakukan pada setiap tahun ini ialah bertujuan untuk mengukuhkan ikatan silaturahim antara penduduk kampung bersama ajk rancangan, pentadbiran serta masyarakat setempat. acara ini berjaya menarik penduduk setempat dengan kehadiran yang amat memuaskan. Pada waktu yang sama upacara penyampaian hadiah untuk Anugerah Keceriaan Kampung peringkat rancangan dilakukan serentak dimana pada edisi kali ini Blok 2A telah ditabal sebagai blok keseluruhan terbaik manakala Blok 6B dipilih sebagai papan tanda blok terbaik. Untuk Edible Garden terbaik telah dimenangi oleh Blok 6A dan Rumah Terbaik Nitar 1 telah disandang oleh rumah En Alias Abu Bakar dari Blok 2A. Acara ini bermula pada jam 11.00pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang