BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

pintu taubat...hayatilah...

iklan

Friday, December 10, 2010

PERHATIAN! JAWATAN KOSONG

PEGAWAI PERTANIAN

Syarat Lantikan:
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c) Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pertanian @ bidang Sains yang seumpama dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan @ kelayakan seiktiraf dengannya
d) Kepujian Bahasa Malaysia (Termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM @ kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
e) Pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga tahun.

Cara Memohon:
a) Menggunakan Borang Felda 1 Pindaan 1/2003 yang boleh didapati di JABATAN SUMBER MANUSIA, WISMA FELDA, JALAN PERUMAHAN GURNEY, 54000 KUALA LUMPUR @ melalui laman web Felda WWW.FELDA.NET.MY
b) Jika melalui pos perlu menyertakan sampul surat berukuran 32sm x 22sm yang beralamat sendiri dan mempunyai setem 50 sen
c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam kerajaan, badan berkanun atau kuasa-kuasa tempatan hendaklah melalui ketua jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini
d) Semua permohonan hendaklah disertakan bersama salinan kad pengenalan, sijil serta lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport hendaklah dihantar kepada

PENGARAH SUMBER MANUSIA
WISMA FELDA
JALAN PERUMAHAN GURNEY
54000 KUALA LUMPUR
Tel: 03-26172681/2685/2687

Tarikh Tutup Permohonan: 20 Disember 2010

catatan: Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan akan ditemuduga. Calon yang tidak menerima jawapan selepas 3bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

JAWATAN KOSONG

PENYELIA RANCANGAN TANAH

Syarat Lantikan:
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ini.
c) Mempunyai SPM @ kelayakan lain yang diiktiraf kerajaan.
d) Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM @ kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
e) Kepujian dalam matapelajaran sains atau matematik pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Tambahan:
a) Calon yang memiliki Sijil Institut Pertanian (Pengurusan ladang) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
b) Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia DAN Bahasa Inggeris dengan baik.
c) Mahir menggunakan komputer.

Cara Memohon:
a) Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang Felda 1 Pindaan 1/2003 yang boleh didapati di JABATAN SUMBER MANUSIA, WISMA FELDA, JLN PERUMAHAN GURNEY, 54000 KUALA LUMPUR @ melalui laman web Felda WWW.FELDA.NET.MY
b) Calon-calon yang ingin memohon borang permohonan melalui pos mestilah menyertakan sampul surat berukuran 32sm x 22sm yang beralamat sendiri dan mempunyai setem 50sen.
c) Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dalam kerajaan, badan berkanun atau kuasa-kuasa tempatan hendaklah melalui ketua jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.
d) Semua permohonan hendaklah disertakan bersama salinan KAD PENGENALAN, SIJIL serta lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan dan sekeping gambar yang terbaru berukuran pasport hendaklah dihantar kepada:

PENGARAH SUMBER MANUSIA
WISMA FELDA
JALAN PERUMAHAN GURNEY
54000 KUALA LUMPUR
Tel: 03-26172681/2685/2687

Tarikh Tutup Permohonan: 20 Disember 2010

Tuesday, November 23, 2010

KOLEJ INTEGRASI ILMU ( KINI )

kolej KINI Mempaga akan mengambil pelajar baru pada setiap 6 bulan untuk mengikuti latihan kemahiran dalam bidang yang disediakan. Pada kali ini pengambilan adalah untuk sesi latihan jan-jun 2011.

Seramai 108 orang pelajar akan diambil untuk mengikuti latihan tahap 1 dalam kursus-kursus berikutBold :

KULINARI(KATERING) Lelaki 13 dan Perempuan 15 Orang.
PASTRI(KEK) Lelaki 11 dan Perempuan 15 Orang.
PRAMUSAJI(F&B) Lelaki 13 dan Perempuan 15 Orang.
ATENDAN BILIK(HOUSEKEEPING) Lelaki 13 dan Perempuan 13 Orang.

Kaedah Latihan Kepada Pelatih :
1) Melalui Teori dalam Kelas
2) Latihan Amali dalam Makmal, Bengkel dan Kitchen.

Yuran Pendaftaran :
Yuran pendaftaran hanya dibayar sekali (antara RM100.00-RM150.00 sahaja) untuk setiap semester.

PERCUMA :
Pelatih tidak dikenakan yuran asrama, yuran pengajian dan yuran makan & minum!!!

CARA MEMOHON :
Permohonan dibuka kepada tanggungan peneroka yang berumur 18-25tahun dan telah tamat SPM serta sihat tubuh badan ( Disahkan oleh doktor perubatan )

SILA AMBIL TINDAKAN BERIKUT :
1.Pergi ke Pejabat rancangan Felda berdekatan
2.Berjumpa Pengurus atau Pegawai rancangan.
3.Buat Pendaftaran di dalam sistem "SILK" sistem informasi latihan.


PIHAK KOLEJ MENGALU - ALUKAN KEHADIRAN ANDA!!!

Tuesday, November 9, 2010

UITM MENAWARKAN KURSUS PENGAMBILAN PELAJAR MENGUBAH DESTINASI ANAK BANGSA

Permohonan terbuka kepada warganegara malaysia. Bumiputera sahaja serta berumur 16 tahun ke atas pada tarikh keputusan SPM dikeluarkan.

A. Syarat AM
Lulus sijil pelajaran Spm setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu atau kepujian Bahasa Melayu kertas Julai..

dan

B. Syarat Khas Program

Program Pra Diploma Perdagangan
Lulus Matematik/Matematik tambahan
Lulus bahasa Inggeris

Program Pra Diploma Perakaunan
Lulus Matematik/Matematik Tambahan
Lulus Bahasa Inggeris
Lulus Prinsip Perakaunan
Mendapat Persetujuan Pelajar

Nota: Perlu mendapat kelulusan Senat UITM

Program Pra Diploma Sains
Kepujian Matematik/Matematik tambahan
Lulus Bahasa Inggeris

Serta

Lulus SATU(1) daripada mana-mana matapelajaran berikut:
Fizik
Kimia
Biologi
Sains Tambahan

Semua program pengajian di UITM dikhaskan untuk BUMIPUTERA sahaja

Syarat Syarat Tambahan

Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program program yang dirangka untuk kursus ini.

Antara maklumat yang akan disemak adalah:-

1. Maklumat pemohon
2. Salinan k/pengenalan/mykad calon
3. Salinan sijil kelahiran calon
4. Salinan k/pengenalan/mykad ibubapa
5. Salinan sijil kelahiran ibu dan bapa
6. Salinan sijil SPM
7. Salinan pengesahan pendapatan (Jika tiada, dapatkan pengesahan dari Pengurus rancangan)


Syarat2 Umum
-Bumiputera sahaja
-Pelajar dari golongan kurang berkemampuan/miskin
-Tidak dapat meneruskan pengajian disebabkan kemiskinan
-Pendapatan keluarga kurang dari RM2000.00 Sebulan
-Pastikan pelajar adalah dari golongan tidak mampu sahaja kerana mereka diberi wang dari sumber zakat.(asnaf)

Bantuan Untuk Calon yang Berjaya
-Asrama disediakan
-Pengecualian yuran pengajian
-Elaun makan RM10.00 sehari (RM300.00Sebulan)
-Elaun bulanan RM100.00 sebulan ( RM400.00 satu semester )
-Tambang RM100.00 1 semester


Jika berminat sila hubungi Pejabat Nitar 1 di talian 07-7961499 untuk pertanyaan.

Wednesday, October 27, 2010

KURSUS PERINGKAT SIJIL ANJURAN YAYASAN FELDA 2010

KURSUS UNTUK KEMASUKAN SESI JAN - JUN 2011

KURSUS2 YANG DITAWARKAN

PUSAT LATIHAN TROLAK (PLT), SUNGKAI, PERAK - 1)Sijil pembantu Juruteknik Sistem Komputer. 2) Sijil Juruteknik Sistem Komputer.

INSTITUT TEKNOLOGI UTAMA (ITU) - 1) Sijil Multimedia

KOLEJ INTEGRASI ILMU (KINI) MEMPAGA, PAHANG ( lelaki dan perempuan ) 1) Sijil Kulinari, 2) Sijil Pastri. 3) Sijil Prmusaji. 4) Sijil Pembantu Attendan Bilik.

KOLEJ INTEGARSI ILMU (KINI) RAJA ALIAS, NEGERI SEMBILAN ( perempuan sahaja ) 1) Sijil Jahitan Pakaian Wanita, 2) Sijil Jahitan Pakaian Lelaki, 3) Sijil Dandanan Rambut (Muda)

SYARAT2 KELAYAKAN - Pemohon seorang anak peneroka, anak kakitangan felda, cucu peneroka, cucu yang tinggal bersama peneroka mendapat pengesahan daripada pengurus rancangan, Belum Berkahwin dan Berumur antara 18-25 tahun.

PENCAPAIAN AKADEMIK - Lepasan SPM tahun 2005 - 2009 dan lulus Bahasa Melayu.

CARA MEMOHON - Menggunakan borang permohonan melalui seistem informasi latihan kemahiran generasi baru felda (SILK) atau melalui lawan web felda www.felda.net.my

Calon dikehendaki key-in sendiri permohonan sama ada dalam SILK bagi pelajar dalam rancangan manakala web bagi pelajar yang berada di luar rancangan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN - 30 November 2010 (Rabu)

TARIKH PENDAFTARAN KURSUS - JAN/JUN

TEMPOH KURSUS - 6 BULAN

SURAT TAWARAN AKAN DIKELUARKAN OLEH IBU PEJABAT FELDA KUALA LUMPUR.

SEMUA BORANG YANG TELAH DIISI DALAM LAMAN WEB FELDA HENDAKLAH DI E-MAILKAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI BERIKUT : - Nurzila.ag@felda.net.my , operasi@felda.net.my dan Karim.mk@felda.net.my

Diploma In Football Studies

Akademi bola sepak FELDA telah menawarkan kursus Diploma in Football studies di CYBERLYNX INTERNATIONAL COLLEGE, No 2a-3, Jalan Metro Pudu 1, GFraser Business Park, Off Jalan Yew, 55100, Kuala Lumpur.

SYARAT2 KELAYAKAN - pemohon ialoah seorang anak peneroka FELDA, belum berkahwin dan berumur 18-25 tahun.

PENCAPAIAN AKADEMIK - Lulus Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2005 - 2009 dengan sekurangnya 3 kredit dalam mana2 mata pelajaran dan lulus Bahasa melayu dan Bahasa inggeris. ( keutamaan akan diberi pada calon yang mendapat kredit dalam bahasa inggeris. )

Calon mesti sihat tubuh badan, tidak rabun warna dan aktif dalam sukan serta korikulum.

CARA MEMOHON - menggunakan borang permohonan melalui sistem informasi latihan kemhiran generasi baru felda (SILK) bagi pelajar yang berada di dalam rancangan. jika kurang jelas sila terus ke pejabat NITAR 1. Bagi pelajar yang berada di luar rancangan bolehlah menghantar biodata lengkap serta sijil SPM, kad pengenalan pelajar dan penjaga yang telah di scan melalui email kepada pegawai- pegawai berikut :

TARIKH TUTUP PERMOHONAN - 22 NOVEMBER 2010

TARIKH PENDAFTARAN KURSUS - 10 DISEMBER 2010

Surat tawaran kursus akan dikeluarkan oleh Pengarah Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru, Ibu Pejabat Felda, Wisma Felda, 54000, Kuala Lumpur.

Felda menawarkan pinjaman boleh ubah kepada sebahagian biasiswa berdasarkan keputusan akademik anda..

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!
Email : faisal.za@felda.net.my, azman.h@felda.net.my dan operasi@felda.net.my

Wednesday, October 6, 2010

JAWATAN KOSONG KERANI LADANG TECHNOPLANT.

KELAYAKAN

-Lulus SPM dan kepujian di dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik, Sains
dan 1 matapelajaran yang lain serta lulus Bahasa Inggeris.
-Mempunyai pengetahuan serta boleh mengendali komputer peribadi di dalam
sebarang perisian.
-Berumur antara 18 ke 27 tahun (lelaki dan perempuan)
- Sanggup bertugas di kawasan rancangan FELDA.

KEKOSONGAN
- Di Johor, Pahang dan Negeri Sembilan sahaja.

Calon yang berminat adalah diminta menghantar resume, salinan sijil-sijil akademik, gambar bersaiz pasport, alamat serta no telefon terus ke alamat berikut sebelum 12 Oktober 2010


KETUA JABATAN SUMBER MANUSIA,
FELDA TECHNOPLANT SDN BHD,
TINGKAT 6, BALAI RAYA, JALAN GURNEY 1,
54000 KUALA LUMPUR.

Hanya calon-calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga.

JAWATAN KOSONG KERANI DAN PENYELIA FELDA TECHNOPLANT SDN BHD

Monday, September 20, 2010

Papan Tanda Terbaik


  1. Papan tanda blok 6B telah dipilih sebagai papan tanda blok terbaik pada anugerah keceriaan kampung peringkat rancangan yang lalu.

Rumah Terbaik Nitar 1 2010



Rumah En Alias Abu Bakar dari blok 2A telah dipilih sebagai rumah terbaik Nitar 1 2010. Kemenangan En Alias dinilai dari segi kekemasan landskap rumah serta edible garden terbaik Selain berbagai jenis tanaman yang diusahakan, En Alias juga sudah mula mengusahakan ternakan ikan seperti keli dan talapia.. En Alias berkata, beliau amat berharap setiap peneroka di Nitar 1 dapat mengindahkan landskap rumah masing2 untuk menyahut cabaran bertanding di dalam Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) peringkat kebangsaan.

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Wilayah Segamat


Pada 28 Ogos 2010 yang lalu Felda Nitar 1 telah dipilih sebagai tuan rumah kepada acara Majlis Tadarus Al-Quran peringkat wilayah Segamat. Acara ini disertai oleh 9 rancangan Felda dan setiap felda diwakili seramai 4 orang peserta. acara ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Kasimon Salleh sebagai pengurus besar w ilayah. Acara ini bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 7.30 malam.

Sambutan Hari Raya Nitar 1

Sambutan Hari Raya peringkat rancangan Nitar 1 telah diadakan pada 19.10.2010 yang lalu bertempat di balai raya Nitar 1. acara yang dilakukan pada setiap tahun ini ialah bertujuan untuk mengukuhkan ikatan silaturahim antara penduduk kampung bersama ajk rancangan, pentadbiran serta masyarakat setempat. acara ini berjaya menarik penduduk setempat dengan kehadiran yang amat memuaskan. Pada waktu yang sama upacara penyampaian hadiah untuk Anugerah Keceriaan Kampung peringkat rancangan dilakukan serentak dimana pada edisi kali ini Blok 2A telah ditabal sebagai blok keseluruhan terbaik manakala Blok 6B dipilih sebagai papan tanda blok terbaik. Untuk Edible Garden terbaik telah dimenangi oleh Blok 6A dan Rumah Terbaik Nitar 1 telah disandang oleh rumah En Alias Abu Bakar dari Blok 2A. Acara ini bermula pada jam 11.00pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang

Monday, August 16, 2010

KURSUS METC 2010


KURSUS METC
JULAI 2010

Sila lihat iklan disebelah.............

Wednesday, August 4, 2010

SELAMAT DATANG PENYELIA BARU...


Felda Nitar 1 telah menerima kedatangan seorang Penyelia Rancangan Tanah yang baru.

Maklumat beliau adalah seperti berikut :

Nama : Mohd Izzat Bin Harun.
Mula berkhidmat di Nitar 1 : Jun 2010
Asal : Kota Bharu, Kelantan
Tugas : 1. Ladang dan Kampung Peringkat 001
2. Belia3. Badan Masjid dan Khairat Kematian4. Usahawan5. Pendidikan - Sekolah Rendah

IKLAN JAWATAN KOSONG PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM - SDA ( U ) S17


Sebarang maklumat sila rujuk iklan ini.....

Sekiranya terdapat pertanyaan boleh rujuk ke pengurusan Felda Nitar 1.

Terima kasih