Menyelesaikan hutang adalah antara perkara yang berkaitan dengan pengurusan harta pusaka si mati, selain daripada :
a] Biaya pengurusan jenazahnya. Pengurusan jenazah itu maksudnya mengerjakan segala yang diperlukannya mulai saat kematiannya sampai penguburannya. Bahkan apa-apa yang diperlukannya sampai dia dimasukkan ke liang lahad. Biaya yang diperlukan untuk pengurusan jenazah tidak sama kerana ada yang kaya dan yang miskin, ada lelaki dan ada wanita.
b] Menunaikan wasiatnya. Bererti hartanya diambil untuk menunaikan wasiatnya.
c] Dan akhir sekali, membahagi harta yang tinggal. Setelah dikeluarkan setelah pengurusan jenazah, membayar hutang dan menunaikan wasiatnya, baki dari harta si mati dibahagikan kepada ahli waris yang berhak dengan ketentuan al-Quran, sunnah dan ijmak ulama. Dalam pembahasan selanjutnya akan diterangkan bahagian masing-masing.
Membayar hutang simati bermaksud : hutang kepada sesama hamba dan hutang kepada Allah.
Hutang sesama manusia, ertinya ada pihak yang akan menuntut. Harta yang masih diperlukan si mati (termasuk hutang), tidak dibagi-bagi kepada ahli waris. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Diri seseorang mukmin itu masih bergantung kepada hutangnya sampai hutang itu dibayar”.
Hutang kepada Allah s.w.t, mesti dibayar dengan harta peninggalan si mati. Hutang kepada Allah yang mungkin belum dibayar misalnya zakat, kaffarah dan nazar. Menurut jumhur ulama, wajib dibayar dengan harta peninggalannya sebelum ia dibahagi-bahagi kepada ahli waris.
Monday, May 3, 2010
Hak-hak yang berkaitan dengan peninggalan
Posted by NITAR01 at 9:19 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment