BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

pintu taubat...hayatilah...

iklan

Friday, May 21, 2010

kem MOTIVASI UPSR sk AYER ITAM
















































pasni kat sk nitar 01 plak k....tggu!!!

Friday, May 14, 2010

mySMS 15888 untuk mendapatkan DOKUMEN

TAIP FORMAT PENGHANTARAN YANG TERTERA DI BAWAH DAN HANTAR KE 15888.

1) Borang Permohonan JAWATAN KOSONG FELDA
--> FELDA BORANG1 [EMEL ANDA]

2) Borang Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi Felda (PTPTF)
--> FELDA BORANG2 [EMEL ANDA]

3) Borang Permohonan DANA KE IPT LUAR
--> FELDA BORANG3 [EMEL ANDA]

4) Borang Permohonan Pinjaman Pembelian Komputer (PC)
--> FELDA BORANG4 [EMEL ANDA]

5) Borang Permohonan Skim Pinjaman KPF
--> FELDA BORANG5 [EMEL ANDA]

6) Borang Permohonan Skim Pinjaman Pembesaran Rumah Peneroka(PPRP)
--> FELDA BORANG6 [EMEL ANDA]

7) Borang Permohonan Tabung Bantuan Kebajikan Peneroka
--> FELDA BORANG 7 [EMEL ANDA]

8) Borang Permohonan SIUF
--> FELDA BORANG8 [EMEL ANDA]

9) Borang Permohonan Kursus Keusahawanan
--> FELDA BORANG9 [EMEL ANDA]

10) Borang Latihan Kemahiran Generasi Baru
--> FELDA BORANG10 [EMEL ANDA]

11) Borang Penyertaan Program Tunas Mekar
--> FELDA BORANG11 [EMEL ANDA]

12) Borang Permohonan Keahlian FELDA UNITED
--> FELDA BORANG12 [EMEL ANDA]

13) Borang Pendaftaran Kontraktor
--> FELDA BORANG13 [EMEL ANDA]

14) Senarai Bahan Penerbitan Felda
--> FELDA TERBITAN [EMEL ANDA]

15) Soalan Lazim Tanam Semula
--> FELDA TNMSEMULA [EMEL ANDA]

16) Senarai Latihan Perniagaan & Perkhidmatan
--> FELDA LATIHAN1 [EMEL ANDA]

17) Senarai Latihan Edible Garden
--> FELDA LATIHAN2 [EMEL ANDA]

18) Senarai Latihan Pembangunan Kraf
--> FELDA LATIHAN3 [EMEL ANDA]

19) Senarai Latihan Pembangunan Makanan
--> FELDA LATIHAN4 [EMEL ANDA]

20) Tawaran Tender 1
--> FELDA TENDER1 [EMEL ANDA]

(Bergantung kepada jumlah tawaran yang dikeluarkan)

Senarai Perkhidmatan mySMS FELDA 15888

--> BAGI MENDAPATKAN SEBARANG MAKLUMAT (ALAMAT & NO HP), SILA TAIP SEPERTI TERTERA DIBAWAH BAGI MANA-MANA ALAMAT PEJABAT WILAYAH YANG DIKEHENDAKI DAN SMS KE 15888

1)RAJA ALIAS -- FELDA WILRA

2)SEGAMAT -- FELDA WILSGT

3)GUA MUSANG -- FELDA WILGM

4)KUANTAN -- FELDA WILKTN

5)TROLAK -- FELDA WILTLK

6)JOHOR BAHRU -- FELDAWILJB

7)MEMPAGA -- FELDA WILMPG

8)TERENGGANU -- FELDAWILTRG

9)ALOR SETAR -- FELDA WILAS

10)JENGKA -- FELDA WILJGK

11)SABAH -- FELDA WILSBH

12)Unit Perhubungan Awam & Hal Ehwal Korporat -- FELDA PRO

Utk makluman, FELDA NITAR 01 adalah di bawah FELDA WILAYAH SEGAMAT...

PERKHIDMATAN mySMS FELDA (15888)

JENIS PERKHIDMATAN SMS

1) Information On Demand (IOD) - SMS Maklumat atas permintaan seperti semakan status permohonan pembelian rumah PWF dan permintaan alamat dan nombor telefon Pejabat Wilayah.

2) Document On Demand (DOD) - SMS Dokumen atas permintaan seperti permintaan borang permohonan jawatan kosong Felda dan perintaan senarai latihan keusahawanan.

3) SMS Aduan yang mana warga Felda boleh menghantar sebarang aduan melalui SMS kepada Felda.

FORMAT PENGHANTARAN SMS

I) FELDA HQ dan SMS ke 15888
--> bagi mendapatkan malumat alamat dan nombor telefon Ibu Pejabat Felda.

II) FELDA BORANG1 (EMEL ANDA) dan SMS ke 15888
--> bagi mendapatkan borang permohonan Jawatan Kosong Felda.

III) FELDA ADUAN (ADUAN ANDA) dan SMS ke 15888
--> bagi membuat sebarang aduan

CAJ BAYARAN SMS
Cas sebanyak 20 Sen bagi setiap SMS berbanding dengan kadar berbeza-beza seblum ini...

Thursday, May 13, 2010

IKLAN KURSUS LATIHAN KEMAHIRAN PERINGKAT SIJIL

Iklan untuk pengambilan Pelatih Latihan Kemahiran Generasi Baru Peringkat Sijil masih dibuka sehingga 31 MEI 2010...

a) Kursus Pkt Sijil di bawah Tajaan Yayasan Felda
--113-Pembantu Juruteknik Sistem Komputer
--36-Juruteknik Sistem Komputer
--96-Multimedia

b) Kursus Pkt Sijil di bawah PRODATA systems sdn.bhd
--97- Pembantu Juruteknik Sistem Komputer
--56- Juruteknik Sistem Komputer

Jika berminat sila datang ke Pejabat Nitar 01 @ hubungi kami segera..

terima kasih...

Friday, May 7, 2010

LATEST NEWS!!! (LEPASAN SPM)

PROGRAM TAKLIMAT KURSUS KEMAHIRAN
-->ANJURAN YAYASAN FELDA<--
{KOLEJ KINI RAJA ALIAS}

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Felda Wilayah dengan kerjasama Kolej KINI Raja Alias akan mengadakan taklimat & tawaran untuk mengikuti Kursus Kemahiran anjuran Yayasan Felda bagi kemasukan Julai 2010 dan seterusnya....

2. Taklimat tersebut akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 12 MEI 2010 (Rabu)
Masa: 10.00 pg
Tempat: Balai Raya Felda Kahang Timur...

3. Tawaran ini adalah terbuka kepada SEMUA PELAJAR LEPASAN SPM yang berminat.

4. Kenderaan rasmi pejabat akn digunakan utk menghantar peserta yang jauh.

5. Jika berminat sila hubungi @ datang sndiri ke PEJABAT FELDA NITAR 01.

Sekian untuk makluman..

wslm....

Thursday, May 6, 2010

tahniah & terus maju ok!!!


sekarang ni musim anak2 lepasan SPM & STPM mndapt twaran smbung belajar..kami d nitar satu mngucapkan TAHNIAH kpd mereka2 yg telah mndpt mana2 tawaran utk smbng blaja xkire la di mane2 pringkat SIJIL, DIPLOMA mahupun IJAZAH..

Kami harap peluang yg telah adk2 dapat tidak disia2kan dan truskn belajar utk mndapat masa depan yg lebih terjamin kelak..

pada yg xberjaya..jgn putus asa ok..banyak lg peluang yg terbuka di luar sana..pd kita shj sama ad mahu memilih yg baik @ buruk utk diri kite sndiri..

Semoga adk2 semua cemerlang d sana nanti..kami berharap generasi adk2 pula nanti dpt mmbantu mmbangunkan lagi NITAR SATU utk menjadi antara rancangan FELDA yang maju dan elit dalam kalangan warga FELDA pd ms hadapan...

kami harap2 adk2 sume dpt mmbalas segala jasa ibu bapa adk2 yg dah bnyk brkorban utk adk2 supaya mnjd insan berguna & dihormati oleh semua pihak..ssungguhnya, hanya itu sahaja harapan ibu bapa kepada ank2nya sepertimna harapan kami pd adk2 semua...

GUD LUCK!!!!! (^.-)

sekian..SALAM UKHWAH..

Monday, May 3, 2010

buMi & lAngIt

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."

Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku." Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.

Buraq yang diceritakan inilah
yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Hak-hak yang berkaitan dengan peninggalan

Menyelesaikan hutang adalah antara perkara yang berkaitan dengan pengurusan harta pusaka si mati, selain daripada :

a] Biaya pengurusan jenazahnya. Pengurusan jenazah itu maksudnya mengerjakan segala yang diperlukannya mulai saat kematiannya sampai penguburannya. Bahkan apa-apa yang diperlukannya sampai dia dimasukkan ke liang lahad. Biaya yang diperlukan untuk pengurusan jenazah tidak sama kerana ada yang kaya dan yang miskin, ada lelaki dan ada wanita.

b] Menunaikan wasiatnya. Bererti hartanya diambil untuk menunaikan wasiatnya.

c] Dan akhir sekali, membahagi harta yang tinggal. Setelah dikeluarkan setelah pengurusan jenazah, membayar hutang dan menunaikan wasiatnya, baki dari harta si mati dibahagikan kepada ahli waris yang berhak dengan ketentuan al-Quran, sunnah dan ijmak ulama. Dalam pembahasan selanjutnya akan diterangkan bahagian masing-masing.

Membayar hutang simati bermaksud : hutang kepada sesama hamba dan hutang kepada Allah.

Hutang sesama manusia, ertinya ada pihak yang akan menuntut. Harta yang masih diperlukan si mati (termasuk hutang), tidak dibagi-bagi kepada ahli waris. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Diri seseorang mukmin itu masih bergantung kepada hutangnya sampai hutang itu dibayar”.

Hutang kepada Allah s.w.t, mesti dibayar dengan harta peninggalan si mati. Hutang kepada Allah yang mungkin belum dibayar misalnya zakat, kaffarah dan nazar. Menurut jumhur ulama, wajib dibayar dengan harta peninggalannya sebelum ia dibahagi-bahagi kepada ahli waris.