BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

pintu taubat...hayatilah...

iklan

Tuesday, November 23, 2010

KOLEJ INTEGRASI ILMU ( KINI )

kolej KINI Mempaga akan mengambil pelajar baru pada setiap 6 bulan untuk mengikuti latihan kemahiran dalam bidang yang disediakan. Pada kali ini pengambilan adalah untuk sesi latihan jan-jun 2011.

Seramai 108 orang pelajar akan diambil untuk mengikuti latihan tahap 1 dalam kursus-kursus berikutBold :

KULINARI(KATERING) Lelaki 13 dan Perempuan 15 Orang.
PASTRI(KEK) Lelaki 11 dan Perempuan 15 Orang.
PRAMUSAJI(F&B) Lelaki 13 dan Perempuan 15 Orang.
ATENDAN BILIK(HOUSEKEEPING) Lelaki 13 dan Perempuan 13 Orang.

Kaedah Latihan Kepada Pelatih :
1) Melalui Teori dalam Kelas
2) Latihan Amali dalam Makmal, Bengkel dan Kitchen.

Yuran Pendaftaran :
Yuran pendaftaran hanya dibayar sekali (antara RM100.00-RM150.00 sahaja) untuk setiap semester.

PERCUMA :
Pelatih tidak dikenakan yuran asrama, yuran pengajian dan yuran makan & minum!!!

CARA MEMOHON :
Permohonan dibuka kepada tanggungan peneroka yang berumur 18-25tahun dan telah tamat SPM serta sihat tubuh badan ( Disahkan oleh doktor perubatan )

SILA AMBIL TINDAKAN BERIKUT :
1.Pergi ke Pejabat rancangan Felda berdekatan
2.Berjumpa Pengurus atau Pegawai rancangan.
3.Buat Pendaftaran di dalam sistem "SILK" sistem informasi latihan.


PIHAK KOLEJ MENGALU - ALUKAN KEHADIRAN ANDA!!!

0 comments: